Friday, 27 April 2012
High Light Corak Bunga
Jenis Jahitan: Manik High light
Catatan:
Ni baru first time aku buat jahitan manik high light kat baju customer... Mungkin sebab baru pertama kali buat, ia agak tak berapa menjadi...huhuhu
a) Bahagian bawah baju
b) Bahagian Tangan
Bunga Bintang/ Bunga Lawang :p
Jenis Jahitan: Bunga bintang + Manik Beriring
Catatan:
ini ialah baju kawan baik aku, Farizan a.k.a ejae...Dari Kelantan dia pos kan baju ni...terharu sangat2...
Dekat bahagian bawah dan tangan aku gabungkan manik beriring + bunga bintang...Kat leher buat manik beriring saja...sebab dia pakai tudung, kat leher tak nampak pula nanti...hehehe.
a) Bahagian Leher
b) Bahagian tangan

c) Tangan + leher
d) Fokus Bunga Bintang
Tuesday, 24 April 2012
Kipas Style

Jenis Jahitan: Kipas Style
Catatan:
Aku bagi nama ini kerana, bentuk di leher ibarat kipas...
Di tengah2 kipas aku penuhkan dengan bunga manik rekaan aku sendiri...:)
a) Bahagian leher
b) Bahagian Tangan
Grape Flower
Jenis Jahitan: Grape Flower
Catatan:
Ni rekaan aku sendiri...hehehe
a) Bahagian dada
b) Bahagian tangan
The Making of Grape Flower
LEAVES BEAD
Jenis Manik: Leaves
Catatan:
Manik ini aku jahit berdasarkan gambar2 kat kawan2 di Facebook, dan aku cuba jahit manik jenis ini di baju raya mak aku...^_^
a) Bahagian bawah baju
b) Bahagian Tangan
Manik Rini
Jenis Manik: Manik Rini
Catatan:
Manik ni aku bagi nama berdasarkan nama kakak yang bagi aku idea untuk membuat design ini.
Terima kasih Kak Rini...hehehehe
a) Bahagian Leher
Monday, 23 April 2012
JAHITAN ROUND BEAD

Jenis Jahitan: Round Bead
Catatan:
Aku bagi nama macam ni sebab bentuk manik ni aku wat bulat2..hehehe
kat tengah manik tabur yang padat dan gabungan labuci di sekeliling...
Kat tangan aku jahit manik beriring yang simple saja...
Yang bawah ni, gambar fokus untuk manik beriring di tangan..
Sunday, 22 April 2012
Manik Tulang Ikan

Jenis Jahitan: Tulang Ikan
Catatan:
Jahitan manik ni sangat mudah untuk di hasilkan...tetapi ia memerlukan manik yang banyak dan sekurang-kurangnya 2 warna manik serta 1 warna labuci...

Customer ini hanya nak Cikgu Misae jahitkan pada bahagian tangan sahaja...
Bunga Labuci

Jenis jahitan: Bunga Labuci
Catatan:
Ini hasil pertama bunga labuci...Belajar sendiri, berpandukan contoh2 yang aku tengok kat kedai...
Cuba2, menjadi pula..Aku tambah2kan manik ala2 tradisional sekali...
a)Bahagian Leher

Manik Tabur
Jenis Jahitan: Manik Tabur
Catatan:
Aku menghasilkan manik ni kat baju raya Along..Ia banyak dipuji oleh kerana jahitan yang kemas
Jahitan ini sgt renyah, dan memerlukan kerajinan yang tinggi...lebih2 lagi manik ini dijahit rapat2..:)
a) Bahagian Leher

b) Bahagian Tangan

c) Fokus Manik Tabur
Subscribe to:
Posts (Atom)